Sunday, May 13, 2012

Angsa Berleher Panjang

Video yang mengisahkan kehidupan haiwan. Di dalam kisah ini menceritakan asal usul bagaimana angsa mempunyai leher yang panjang... Sama-sanalah kita menyaksikan kisah ini.


Saturday, May 12, 2012

Haiwan Di Air (Sotong)

Sotong
Sotong ialah sejenis haiwan laut dalam order Teuthida, yang mengandungi kira-kira 300 spesies. Sotong bertulang satu dan mempunyai lapan lengan serta dua tentakel yang biasanya lebih panjang.

Haiwan Di Air (Udang)


Udang


Udang ialah sejenis haiwan yang hidup di dalam air dan tergolong dalam sub-order Dendrobranchiata. Walaupun kelihatan sama sahaja dengan udang halus, udang berbeza dengan udang halus dari segi struktur insangnya. Insang udang bercabang (oleh itu, namanya dendro = "pokok"; branchia = "insang"), manakala insang udang halus berlamela.Takson kembar bagi Dendrobranchiata ialah Pleocyemata yang terdiri daripada semua udang halus, udang karang,ketam, dan sebagainya. Udang boleh didapati di dalam air masin dan air tawar. Pada masa kini, udang air masin dan air tawar diternak secara besar-besaran di kebanyakan negara. Di Malaysia, udang diternak di Pahang dan Sabah. Ladang ternakan udang di Pahang hanya untuk di eksport.

Haiwan Di Air (Ketam)

Ketam

Ketam adalah krustasia decapod dari infraorder Brachyura, dimana biasanya mempunyai "ekor" yang amat pendek (Greek: brachy = pendek, ura = ekor), atau di mana abdomennya adalah seluruhnya tersembunyi di bawah thoraks. Mereka umumnya diliputi dengan satu cengkerang eksoskeleton tebal, dan dilengkapi dengan sepasangkuku chelae). Ketam dijumpai di semua lautan dunia; terdapat juga banyak ketam air tawar dan haiwan terestrial, khususnya di rantau tropikal. Ketam berbeza dalam saiz dari ketam pea, hanya sedikit milimeter luas, kepada ketam lelabah Jepun, dengan kaki yang mencecah hingga 4 m.

Haiwan Di Air (Ikan)

Ikan
Ikan tergolong dalam benda hidup, kumpulan haiwan, mempunyai tulang belakang. Ciri-ciri haiwan ikan adalah seperti berikut :-
•             Hidup di dalam air.
•             Mempunyai sisik yang berlendir.
•             Mempunyai sirip untuk bergerak.
•             Bernafas melalui insang.
•             Membiak secara bertelur.
•             Berdarah sejuk.