Wednesday, May 9, 2012

Canggihnya Photoshop


Dengan menggunakan perisian Adobe Photoshop, kami dapat mengedit gambar untuk kegunaan pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas. Photoshop boleh dikatakan perisian standard dalam bidang imaging termasuk graphic design, web design, digital imaging, internet dan percetakan. Boleh dikatakan hampir kesemua imej seperti di atas poster, brochure, internet, buku dan majalah telah dicipta atau diedit menggunakan Photoshop.

Photoshop tidak terhad kepada dunia fotografi sahaja iaitu untuk bukan hanya suntingan foto semata-mata. Terdapat banyak fungsi lain yang terdapat di dalam Photoshop untuk kerja-kerja rekabentuk laman web, animasi untuk web, suntingan imej video, komunikasi visual, digital painting, manipulation dan banyak lagi.


Adalah mustahil untuk menguasai kesemua fungsi yang terdapat di dalam Photoshop. Kebanyakan pengguna hanya menguasai fungsi yang terkait dengan kerja rutin mereka sahaja.

No comments:

Post a Comment