Sunday, May 13, 2012

Angsa Berleher Panjang

Video yang mengisahkan kehidupan haiwan. Di dalam kisah ini menceritakan asal usul bagaimana angsa mempunyai leher yang panjang... Sama-sanalah kita menyaksikan kisah ini.


Saturday, May 12, 2012

Haiwan Di Air (Sotong)

Sotong
Sotong ialah sejenis haiwan laut dalam order Teuthida, yang mengandungi kira-kira 300 spesies. Sotong bertulang satu dan mempunyai lapan lengan serta dua tentakel yang biasanya lebih panjang.

Haiwan Di Air (Udang)


Udang


Udang ialah sejenis haiwan yang hidup di dalam air dan tergolong dalam sub-order Dendrobranchiata. Walaupun kelihatan sama sahaja dengan udang halus, udang berbeza dengan udang halus dari segi struktur insangnya. Insang udang bercabang (oleh itu, namanya dendro = "pokok"; branchia = "insang"), manakala insang udang halus berlamela.Takson kembar bagi Dendrobranchiata ialah Pleocyemata yang terdiri daripada semua udang halus, udang karang,ketam, dan sebagainya. Udang boleh didapati di dalam air masin dan air tawar. Pada masa kini, udang air masin dan air tawar diternak secara besar-besaran di kebanyakan negara. Di Malaysia, udang diternak di Pahang dan Sabah. Ladang ternakan udang di Pahang hanya untuk di eksport.

Haiwan Di Air (Ketam)

Ketam

Ketam adalah krustasia decapod dari infraorder Brachyura, dimana biasanya mempunyai "ekor" yang amat pendek (Greek: brachy = pendek, ura = ekor), atau di mana abdomennya adalah seluruhnya tersembunyi di bawah thoraks. Mereka umumnya diliputi dengan satu cengkerang eksoskeleton tebal, dan dilengkapi dengan sepasangkuku chelae). Ketam dijumpai di semua lautan dunia; terdapat juga banyak ketam air tawar dan haiwan terestrial, khususnya di rantau tropikal. Ketam berbeza dalam saiz dari ketam pea, hanya sedikit milimeter luas, kepada ketam lelabah Jepun, dengan kaki yang mencecah hingga 4 m.

Haiwan Di Air (Ikan)

Ikan
Ikan tergolong dalam benda hidup, kumpulan haiwan, mempunyai tulang belakang. Ciri-ciri haiwan ikan adalah seperti berikut :-
•             Hidup di dalam air.
•             Mempunyai sisik yang berlendir.
•             Mempunyai sirip untuk bergerak.
•             Bernafas melalui insang.
•             Membiak secara bertelur.
•             Berdarah sejuk.


      Haiwan Liar (Badak)

      Badak
      Badak sumbu Kerbau atau juga dikenali sebagai Badak Sumbu Sumatera (bahasa Inggeris: Sumatran Rhinoceros) ialah spesies badak yang terkecil saiznya di dunia serta merupakan salah satu haiwan yang terlindung. Ia terdapat dari kaki gunungHimalaya sehingga ke Myanmar, Thailand, Indonesia dan Malaysia. Nama sainsnya Dicerorhinus sumatrenesis.

      Haiwan Liar (Ular)

      Ular
      Ular adalah reptilia tidak berkaki, berdarah sejuk yang berkait rapat dengan mengkarung (lizard), yang berkongsi aturan biologi Squamata. Sub-aturan ular ialahSerpentes. Terdapat juga beberapa mengkarung tidak berkaki yang kelihatan seperti ular, tetapi tidak berkait dengan ular. Peminat ular dikenali sebagai ofiofilia, takut akan ular dikenali sebagai "ofidiofobia" (bahasa Inggeris: snakephobia). Pakar ular dikenali sebagai ahli ofiofilia (bahasa Inggeris: ophiologist).

      Haiwan Liar (Singa)


      Singa
      Singa (Panthera leo) adalah mamalia karnivor yang terangkum dalam keluarga Felidae. Digelar Raja Rimba, ia merupakan salah satu daripada empat jenis kucing besar dalam genus Panthera. Dengan jantannya yang sangat besar, melebihi 250 kilogram (550 paun) beratnya, haiwan ini adalah kucing yang kedua terbesar selepas harimau.

      Haiwan Liar (Harimau)

      Harimau
      Harimau (Panthera tigris) merupakan spesies binatang terbesar di kalangan empat jenis "kucing besar" dalam genus Panthera, dan anggota famili Felidae. Harimau yang berasal dari Asia timur dan selatan ini ialah sejenis haiwan pemangsa dan maging. Subspesies harimau yang lebih besar boleh mencecah panjang 3.3 meter (11 kaki) dan berat 300 kilogram (660 paun). Selain kebesaran dan kegagahannya, ciri-ciri terpenting yang dimiliki harimau ialah corak belang menegak berwarna gelap yang melapisi bulunya yang berwarna keputihan atau merah kejinggaan.

      Haiwan Jinak (Lembu)

      Lembu
      Salah satu daripada haiwan yang terdapat di Malaysia adalah lembu atau dalam bahasa Inggerisnya cattle/cow. Di Malaysia, lembu merupakan haiwan yang penting semenjak dahulu lagi. Pada zaman dahulu lembu menjadi harta yang sangat berharga seperti bidalan "lembu kerbau penuh sepadang". Lembu juga menjadi alat yang penting bagi sektor pertanian dan pengangkutan di mana lembu digunakan bagi membajak sawah dan sebagai haiwan penarik kereta lembu.

      Haiwan Jinak (Arnab)

      Arnab
      Arnab (rabbit) atau kelinci (hare) merupakan sejenis haiwan mamalia yang tergolong dalam famili Leporidae yang tergolong dalam order Lagomorpha. Arnab mudah dikenali dengan telinganya yang panjang dan tirus, gigi acip tengah yang ketara dalam mulut, kaki belakangnya yang besar berbanding kaki depan, serta ekornya yang pendek. Arnab boleh hidup secara liar mahupun dijadikan haiwan peliharaan atau ternakan yang memberikan sumber makanan kepada manusia.

      Haiwan Jinak (Itik)

      Itik

      Itik ialah nama biasa untuk spesies daripada famili Anatidae dan kelas burung. Itik kebiasaannya ialah burung akuatik, lebih kecil daripada saudaranya iaitu swan dan angsa, dan boleh ditemui di air tawar dan laut. Itik dipelihara untuk daging atau telurnya. Di Malaysia, negeri utama pengeluar telur itik ialah Kedah, Perlis dan Pulau Pinang. Kebanyakan itik mempunyai paruh yang rata dan lebar untuk menyudu. Itik makan pelbagai jenis makanan seperti rumput, tumbuhan akuatik, ikan, serangga, amfibia kecil, cacing dan moluska kecil.


      Thursday, May 10, 2012

      Haiwan Jinak (Ayam)

      Ayam

      Ayam (Gallus gallus, Gallus gallus domesticus) merupakan sejenis burungpeliharaan yang seringkali diternak bagitelurnya. Ia dipercayai berasal daripada Ayam Hutan Merah Asia (Asian Red Junglefowl).
      Ayam merupakan burung paling biasa di dunia. Dianggarkan terdapat 24 bilion pada tahun 2003, menurut Firefly Encyclopedia of Birds.
      Ayam merupakan haiwan maserba. Ia makan hampir apa sahaja, dari bijian ke daunan dan dari serangga ke tikus. Namun ayam ternakan biasanya diberi makanan khas seperti bijirin dan sumber protein. Ayam ternakan biasanya tidak dapat terbang begitu jauh.
      Ayam merupakan makanan yang sangat digemari dan boleh digoreng untuk dimakan begitu sahaja ataupun sebagai lauk untuk dimakan bersama nasi.


      Wednesday, May 9, 2012

      Penghasilan Koswer-Kenali Haiwan



      Kenali Haiwan...

      Kreativiti Paparan Powerpoint


      Microsoft Powerpoint ialah perisian persembahan yang disertakan di dalam pakej microsoft office. Perisian PowerPoint diinstalasi dalam sistem operasi Microsoft Windows dan Apples Mac OS X. Fail PowerPoint pula boleh disimpan samada sebagai format ppt atau pptx. Terkini, pengguna Windows boleh menginstalasi Microsoft Office PowerPoint 2010 manakala Microsoft Office PowerPoint 2008 untuk pengguna Mac.

      Amazing Of Movie Maker


      Movie Maker ialah satu perisian aplikasi yang boleh digunakan untuk menghasilkan satu persembahan multimedia yang menarik. Dengan menggunakan perisian ini kita boleh menggabungkan beberapa elemen multimedia seperti teks, grafik, video, animasi, dan audio serta kesan khas (special effect) untuk menghasilkan satu persembahan.

      Gema Irama Audacity


      Digital Audio adalah pengeluaran semula bunyi (sound, reproduction) menggunakan modulasi kod denyut (pulse-kod modulation) dan isyarat digital. Sistem digital audio antaranya termasuklah penukaran analog ke digital (ADC), penukaran digital ke analog (DAC), penyimpanan digital, pemprosesan, dan komponen transmisi. Manfaat utama yang diperolehi daripada digital audio adalah dalam kemudahan penyimpanan, penghantaran, dan dapatan semula.

      Canggihnya Photoshop


      Dengan menggunakan perisian Adobe Photoshop, kami dapat mengedit gambar untuk kegunaan pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas. Photoshop boleh dikatakan perisian standard dalam bidang imaging termasuk graphic design, web design, digital imaging, internet dan percetakan. Boleh dikatakan hampir kesemua imej seperti di atas poster, brochure, internet, buku dan majalah telah dicipta atau diedit menggunakan Photoshop.

      Photoshop tidak terhad kepada dunia fotografi sahaja iaitu untuk bukan hanya suntingan foto semata-mata. Terdapat banyak fungsi lain yang terdapat di dalam Photoshop untuk kerja-kerja rekabentuk laman web, animasi untuk web, suntingan imej video, komunikasi visual, digital painting, manipulation dan banyak lagi.


      Adalah mustahil untuk menguasai kesemua fungsi yang terdapat di dalam Photoshop. Kebanyakan pengguna hanya menguasai fungsi yang terkait dengan kerja rutin mereka sahaja.